Home » » KELUAR UMNO?? SAPAKEJADAH KADIR SHEIKH FADHIR TU??

KELUAR UMNO?? SAPAKEJADAH KADIR SHEIKH FADHIR TU??

Written By RR on Tuesday, March 20, 2012 | 5:56 AM


Kadir Sheikh Fadzir umum keluar UMNO

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran UMNO yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengumumkan meletakkan jawatannya selaku ahli UMNO.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebarang sebab tindakannya keluar parti.

Abdul Kadir menjadi ahli UMNO dan memegang pelbagai jawatan dalam parti sejak tahun 1956 dan pernah menjadi Menteri Penerangan dan Menteri Pelancongan.

"Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam UMNO yang saya menjawat," katanya dalam kenyataan itu.


Abdul Kadir pernah menjadi Exco Pemuda UMNO selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selama 24 tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah.
Beliau menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri. -BH

Share this article :
 
xxxx xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. reformasin! -satira politikus- - All Rights Reserved
Template Created by xxxx Published by xxxx
Proudly powered by Blogger