REFORMASIN-TV

LAWAK TERKINI

SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI

Written By RR on Tuesday, April 16, 2013 | 10:34 PM


Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis dibelanjakan unt hantaran, ibunya dengan sepenuh kasih sayang menjahit sehelai spender dari guni beras.

Sebagai pengantin baru, malam pertama yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Walau agak segan, dengan rasa agak yakin pengantin lelaki membuka seluarnya, namun isterinya terkejut melihat spendernya dan terus pengsan!! Di spender pengantin lelaki tertulis "BERAT BERSIH 50 KG", "KUALITI TERJAMIN 100%"

MORAL DARI CERITA INI: Rakyat biasa yg tak mampu memiliki spender baru lebih mulia dari pemimpin yg mempunyai spender putih saiz XXXL... kerana spendernya cuma dibuka di hadapan isteri yg sah. -JR (reformasin)

#JomUbah!! NIK AZIZ KECEWA MUSTAFA ALI ROSAKKAN IMEJ PAS...

Written By RR on Sunday, April 14, 2013 | 10:03 AM


[basicnya saje dah salah... perjuangan nabi saw cuma dakwah & jihad, DEMOKRASI bukan kaedah perjuangan dalam ISLAM... bila amalkan DEMOKRASI kaki zina/liwat pun boleh dipilih jadi pemimpin jika ramai yg dpt dipengaruhinya. fitnah & putar-belit digunapakai untuk menutup kemunafikan, mempengaruhi persepsi khalayak... kalau betul perjuangkan ISLAM di kancah kekuasaan/politik, tegakkan sistem SYURA/KHALIFAH... bukan dengan cara DEMOKRASI!] -JR



Mustafa Ali dakwa Umno terdesak, sanggup guna taktik kotor

13 April 2013
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
DUNGUN -  Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk
menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek di sini malam ini, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.

"Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung Pas lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen."

Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar. - Bernama


#GE13: TURUNKAN HARGA SPENDER!! - Mustafa Ali Kecewa...

Written By RR on Saturday, April 13, 2013 | 4:57 PM




Mustafa Ali: 'Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam'
SINAR HARIAN
12 April 2013
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan media mengenai video seks yang diedarkan sejak malam tadi.
Dalam satu kenyataan ringkasnya kepadaHarakahdaily, Mustafa dipetik berkata, "semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan."

"Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," kata beliau dalam kenyataan ringkas.

Laporan itu berkata beliau dipercayai merujuk kepada video seks dan foto  yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam.
Bernama memetik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin
kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada Pas.
Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi
perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.
"Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar,
dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya.
Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon Pas untuk bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan Pas.

#PRU13 #GE13 - JOHOR AKAN JADI KUBUR POLITIK LIM KIT SIANG!!

Written By RR on Saturday, April 6, 2013 | 7:23 PM



Dr M: Johor akan menjadi ‘kubur’ untuk Lim Kit Siang

April 1, 2013 TMI
Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat PKR dan Mursyidul Am PAS ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.
JOHOR BAHARU:  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi ‘kubur’ kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.
“Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepada Lim Kit Siang.
“Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis ‘Bicara Minda’ anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, malam tadi.
Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.
`Ubah dan Tukar’
Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat ‘Ubah’ dan ‘Tukar’ kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.
Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.
“Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia,” katanya.
Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.
“Kalau serah pada orang ini (Anwar), dia akan jual negara ini apabila dia jadi perdana menteri,” katanya dan menambah tindakannya ketika menjadi menteri kewangan merupakan bukti jelas tentang niat sebenar Anwar.
Ikut telunjuk iMF
Ketika negara menghadapi krisis kewangan 1997, Anwar, katanya, hanya mengikut telunjuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus dan Presiden Bank Dunia James Wolfensohn.
“Saya rasa dia (Anwar) hendak ranapkan negara (ketika itu), sebab itulah saya ambil alih dan kita buat sendiri (memulihkan ekonomi negara) dengan menggunakan acuan kita,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berpendapat penasihat PKR itu tahu yang beliau akan kalah pada PRU13, oleh itu sedang bersedia untuk melakukan kekacauan dan huru-hara.
Bagi Nik Abdul Aziz pula, Dr Mahathir berkata Mursyidul Am PAS itu juga sudah sepatutnya bersara daripada politik.
Parti PAS dinasihatkan supaya menumpukan perhatian di Kelantan dan tidak perlu bersusah payah cuba untuk menembusi Johor kerana ia tidak mempunyai pengaruh di negeri ini, katanya -Bernama

DAP = BURUNG ENGGANG... PAS = BURUNG PUNGGUK... PKR = BURUNG APA?? #GE13 #UMBCC

Written By RR on Thursday, April 4, 2013 | 7:27 PM


DAP sudah menggunakan maskot burung enggang/kenyalang sejak dari PRU Sarawak 2 tahun lalu. PAS mungkin paling sesuai dengan burung pungguk jika mahu dijadikan maskot mereka... Tapi kenapa burung punai paling sesuai untuk PKR?? Kenapa?? Kenapa??

...KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK MAKLUMAT LANJUT...
 
xxxx xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. reformasin! -satira politikus- - All Rights Reserved
Template Created by xxxx Published by xxxx
Proudly powered by Blogger