REFORMASIN-TV

LAWAK TERKINI
Showing posts with label kartun-politik. Show all posts
Showing posts with label kartun-politik. Show all posts

#PRU13 #GE13 - JOHOR AKAN JADI KUBUR POLITIK LIM KIT SIANG!!

Written By RR on Saturday, April 6, 2013 | 7:23 PM



Dr M: Johor akan menjadi ‘kubur’ untuk Lim Kit Siang

April 1, 2013 TMI
Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat PKR dan Mursyidul Am PAS ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.
JOHOR BAHARU:  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini menjadi ‘kubur’ kepada karier politik veteran DAP Lim Kit Siang.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.
“Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepada Lim Kit Siang.
“Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis ‘Bicara Minda’ anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, malam tadi.
Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.
`Ubah dan Tukar’
Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat ‘Ubah’ dan ‘Tukar’ kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.
Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.
“Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia,” katanya.
Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.
“Kalau serah pada orang ini (Anwar), dia akan jual negara ini apabila dia jadi perdana menteri,” katanya dan menambah tindakannya ketika menjadi menteri kewangan merupakan bukti jelas tentang niat sebenar Anwar.
Ikut telunjuk iMF
Ketika negara menghadapi krisis kewangan 1997, Anwar, katanya, hanya mengikut telunjuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus dan Presiden Bank Dunia James Wolfensohn.
“Saya rasa dia (Anwar) hendak ranapkan negara (ketika itu), sebab itulah saya ambil alih dan kita buat sendiri (memulihkan ekonomi negara) dengan menggunakan acuan kita,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berpendapat penasihat PKR itu tahu yang beliau akan kalah pada PRU13, oleh itu sedang bersedia untuk melakukan kekacauan dan huru-hara.
Bagi Nik Abdul Aziz pula, Dr Mahathir berkata Mursyidul Am PAS itu juga sudah sepatutnya bersara daripada politik.
Parti PAS dinasihatkan supaya menumpukan perhatian di Kelantan dan tidak perlu bersusah payah cuba untuk menembusi Johor kerana ia tidak mempunyai pengaruh di negeri ini, katanya -Bernama

DAP = BURUNG ENGGANG... PAS = BURUNG PUNGGUK... PKR = BURUNG APA?? #GE13 #UMBCC

Written By RR on Thursday, April 4, 2013 | 7:27 PM


DAP sudah menggunakan maskot burung enggang/kenyalang sejak dari PRU Sarawak 2 tahun lalu. PAS mungkin paling sesuai dengan burung pungguk jika mahu dijadikan maskot mereka... Tapi kenapa burung punai paling sesuai untuk PKR?? Kenapa?? Kenapa??

HUSAM SEDIAKAN BATU ASAS SPECIAL UNTUK NIK AZIZ!!


SUATU masa dahulu Husam Musa memegang imej penting sebagai bakal penganti Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Tapi hari ini dia cuma dipandang sebagai seorang badut di pentas politik Kelantan dengan pelbagai gelaran seperti 'MUKA PECAH TANAH' & 'TAUKEY BATU ASAS' kerana kenyataan & tindakannya seperti cuba memperbodohkan rakyat Kelantan.

Hakikat yang harus ditelan PAS Kelantan tidak mampu menjanjikan apa2 terhadap rakyatnya. Semua perancangan tersadai setakat majlis pecah tanah & perletakan batu asas.... dengan tandatangan 'keramat' Nik Aziz... [BACA SETERUSNYA]

KENAPA NURUL IZZAH TAK RISAU VIDEO SEKSNYA DIDEDAHKAN??

Written By RR on Wednesday, April 3, 2013 | 9:38 AM




Selepas Anwar, video seks Nurul Izzah akan dikeluarkan tidak lama lagi...

PETALING JAYA, 26 Mac — Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah (gambar), ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.

Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.


“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini.Saifuddin tidak menyatakan permintaan atau sebab mengapa agen tersebut membenarkan beliau untuk menonton video, disiarkan di dalam kereta tetapi mengulangi ia adalah ugutan biasa untuk memusnahkan karier politik mereka yang disiarkan menuju pilihan raya umum.

Beliau menegaskan video tersebut adalah palsu, mengatakan ia direka menggunakan manipulasi imej digital melibatkan gandingan adegan berasingan untuk memberi gambaran penggubal undang-undang yang diketengahkan telah melakukan salah laku seksual.

"Kami tidak rasa takut. Kami sudah biasa," katanya, sambil menambah jika dikeluarkan, kesahihan video dan gambar boleh dicabar di mahkamah.

Tetapi Saifuddin menerangkan, PKR mahu memberi amaran kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu mengenai video mungkin akan dikeluarkan untuk menggelirukan pengundi dalam apa yang beliau labelkan sebagai tindakan terdesak.


"PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji dengan sengit.

"Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan," katanya. "Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."

Anwar telah berulang kali pada masa lalu dikaitkan dengan pelbagai video seks dan gambar, termasuk video terkenal yang mendakwa perlakuan seksnya dengan gadis China yang dikeluarkan oleh "trio Datuk T" tahun lepas.

Dalam serangan terbarunya, penulis blog pro Umno mengeluarkan gambar seorang lelaki menyerupai Anwar bercumbu dengan seorang lelaki dan menyiarkan sebahagian daripada videonya berbual dengan seorang pelajar lelaki berumur 19 tahun yang dituduh melakukan hubungan seks dengannya kemudian.

Anwar baru-baru ini memfailkan saman RM100 juta terhadap penulis blog pro Umno Papagomo selepas tuduhan video seks tersebut, mendakwa imej yang dikeluarkan palsu dan bertujuan untuk merosakkan imejnya. -TMI

#LAHADDATU - SIAPA DALANG?? PENDEDAHAN SMS...



LAHAD DATU : SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN



SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. Kami sungguh terkejut.

Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian.

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

4. Membatalkan Perjanjian dengan MILF.

5. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

Nota : Kami bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Ke Atas Penglibatan Anwar Ibrahim dalam Pencerobohan Militan Kiram di Lahad Datu ditubuhkan! Kami memohon maaf kepada pasukan keselamatan, bukan kami hendak mendahului, kami hanya mahu memberikan segmen Bukan Tentera/Bukan Polis.

Kedua, kami menyeru supaya siasatan turut dibuat ke atas Lajim Ukin yang menerima wang rasuah sejumlah RM20 Juta dari Anwar Ibrahim semasa melompat parti. Selain daripada Lajim membeli surat penjara Anwar secara "Cash" bernilai RM50,000, wang selebihnya yang sangat besar itu dipercayai diberikan kepada sel-sel Militan Kiram melalui anak Lajim. Kami mendapat maklumat Lajim turut dipergunakan Anwar! [SUMBER MYMASSA]

#PRU13: KARPAL'S FAIRY TALE...

Written By RR on Tuesday, April 2, 2013 | 6:25 PM


#PRU13: Karpal Singh kata 7 negeri akan dimenangi oleh PR [KLIK]
Tun Ddaim Zainuddin kata BN akan menang lebih besar dari PRU12 (2008)... [KLIK]

Ramalan siapa lebih kita percaya??

KRISIS AIR: SELANGOR AKAN HANCUR JIKA TERUS DI BAWAH PEMERINTAHAN KHALID GAGAP & PR!!


Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat negeri Selangor dan sekitar Lembah Pantai yang “celik” benar-benar marah apabila kualiti kehidupan mereka terjejas teruk disebabkan kegagalan Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” mengatasi masalah gangguan bekalan air.

Mereka tahu dan menyedari bahawa Menteri Besar Selangor dan kerajaan pimpinannya adalah punca sebenar gangguan bekalan air yang mereka hadapi saban tahun sejak Pakatan Haram mengambil alih negeri termaju itu.

Semuanya menuding ke arah Khalid. Dua tindakan bodohnya yang keji menafikan pembinaan loji rawatan air Langat 2 dan seolah-olah memberikan tekanan hebat terhadap SYABAS membuktikan Khalid seorang MB Selangor yang gagal.

Ketika Selangor dilanda krisis air terburuk dalam sejarah pada tahun 1998, kajian menyeluruh dari segenap aspek telah dijalankan oleh pakar-pakar industri air dimana hasilnya mendapati bahawa krisis itu akan berulang sekali lagi pada tahun 2014.

Setelah dikaji jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi “malapetaka” itu, maka didapati bahawa pembinaan Langat 2 yang mendapat sumber bekalan air baru dari Pahang merupakan kaedah terbaik secara holistik bagi mengatasi masalah rakyat itu.

Pada tahun 2005, projek pembinaan terowong air dari Pahang ke Selangor telah bermula dan SYABAS diarah untuk bersiap sedia untuk memberikan khidmat terbaik sebaik saja loji Langat 2 terbina. Ketika itu, rakyat Selangor dan Lembah Klang menarik nafas lega dengan tindakan pro-aktif Kerajaan Pusat itu…

Malangnya, apabila Khalid berkuasa di Selangor pada tahun 2008, dia melarang pembinaan Langat 2 dan mempolitikkan projek berkenaan, kononnya projek itu diberikan kepada kroni BN. Padahal, tender projek itu dilakukan secara terbuka kepada seluruh kontraktor berkelayakan!

Kemudian, Khalid bekukan pula CAPEX yang dipohon SYABAS. Mungkin Khalid berharap dengan sekatan itu dia bakal berjaya menyusahkan operasi pembekal air bersih itu dan rakyat akan marah pada SYABAS, kononnya syarikat itu tidak cekap membekalkan air.

Biarpun dipujuk berkali-kali oleh Kerajaan Pusat melalui perbentangan kajian pakar-pakar air yang diiktiraf, Khalid tetap berdegil. Dia seolah-olah tidak mahu rakyat Selangor merasa keprihatinan dan kebaikan pertolongan ikhlas dari Kerajaan Pusat yang dikuasai BN.

Lebih malang, Khalid sehingga kini gagal bertindak menyelesaikan masalah rakyat itu. Tiada tindakan jangka pendek yang dilakukan Khalid untuk mengatasi masalah itu. Apatah lagi tindakan jangka panjang, langsung tidak ada!

Dia sebok dengan cadangan penstrukturan semula air di negeri itu meskipun menyedari bahawa tindakan itu langsung tidak menyelesaikan masalah gangguan bekalan air. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu Khalid “menyalak” tentang penstrukturan sedangkan rakyat menangis menghadapi gangguan bekalan air bersih!
Padanlah seorang hamba Allah yang kreatif dan dipercayai merupakan rakyat Selangor yang dizalimi kegagalan Khalid itu telah menyiarkan sebuah klip parody di laman Youtube yang menyindir pedas Menteri Besar Selangor itu.

Saya yakin, kalau Khalid menonton klip di bawah, berkemungkinan besar mukanya akan merah menahan marah dan malu. Namun sebaliknya, saya juga yakin rakyat Selangor dan Lembah Klang yang menontonnya akan ketawa terbahak-bahak mengenang ketepatan sindiran sinis itu!



Saya berharap agar Khalid tidaklah terlalu marah dengan gurauan “bermakna” dari rakyat Selangor itu. Namun jika difikir-fikirkan, memang benar lirik klip parody itu bahawa negeri Selangor akan hancur lumat sekiranya Khalid dan Pakatan Haram dibiarkan terus menjajah negeri termaju itu… -SELANGORDAILY

MAT SABU TERLIBAT SONGLAP WANG TABUNG #MEMALI???


Menurut orang kuat PAS, SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Bukit Aman khususnya disyaki Menyembunyikan fakta dan Menutup Fail Korupsi Tabung Memali (TMM) dan pelbagai Penyelewengan Wang seperti di Madrasah MID Memali, BJM dan pelbagai perkara lagi.

Penulis buku berkaitan Memali C.N. Al-Afghani mendedahkan Senator PAS Y.B. Mohd. Yusuf Husin telah menyeleweng beratus-ratus ribu wang sumbangan untuk balu-balu Memali, termasuk menyeleweng wang Madrasah. Menurut beliau, Mat Sabu Timbalan Presiden PAS walaupun mengetahui Penyelewengan dan Rasuah yang Maha Besar di Memali itu, telah mengarahkan supaya kes tersebut disembunyikan daripada diketahui oleh khalayak ramai... [BACA SETERUSNYA]

TURUNKAN HARGA KERETA?? RAFIZI RAMLI MEREPEK TAHAP GABAN!!

Written By RR on Monday, April 1, 2013 | 5:34 PM






Hujah dibalas hujah... Dengar dulu sepintas lalu hujah Rafizi yang maha merepek dalam video di atas. Lepas tu anda perhatikan setiap gambar-gambar di bawah.... nilai sendiri untuk lebih pencerahan! -HARAPAN ESOK







#MEMALI: AMANAT SESAT HAJI HADI MEMAKAN DIRI!!

Written By RR on Sunday, March 31, 2013 | 9:00 PM


Dulu dia keluarkan amanat seruan jihad menentang perlembagaan kafir
hingga ada yang terlalu taksub sampai berbunuhan. Sekarang dia sokong BUKU JINGGAY
untuk kekalkan perlembagaan sedia ada bersama PKR & DAP...
MUNAFIK TAHAP LONGKANG!!

Bukti Amanat Haji Hadi punca pertumpahan darah di Memali 1985 [BACA KLIK!]



YOU ULANG I SAMAN YOU!!


itik mati siapa punya, 
atas dulang baju melayu... 
hati-hati bila bertanya, 
you ulang i saman you!!!



AWAS, AWEKS2 YANG BERKAPEL DENGAN PENYOKONG PR!! #ManifestoBukanJanji #UMBCC

Written By RR on Thursday, March 28, 2013 | 7:28 PM


Kepada aweks2 di luar sana yang nak berkapel dengan penyokong PakatanRabak 
harap berhati-hati la ye... kerana mereka ni jugak mengamalkan prinsip yang 
hampir sama dengan pemimpin mereka... 
-MANIFESTO BUKAN JANJI-
Jadi jangan percaya bulat2 apa yang mereka cakap!




BENDERA MALAYSIA AKAN DITUKAR JIKA ANWAR JADI PM???

Written By RR on Tuesday, January 29, 2013 | 9:01 PM


Tayar kenderaan, tayar jentera, 
Berterapung di longkang kala musim bah, 
Tukar kerajaan, tukar bendera, 
Seksualiti depan-belakang saja tak berubah... 


PANASS!! APA YANG BUATKAN ANWAR BENGANG DENGAN CUCUNYA??

Written By RR on Saturday, January 26, 2013 | 5:43 PM


Nenek Wan suka makan pegaga, 
Auntie Nuha suka membaca buku, 
Mama Izzah idola jiwa & raga, 
Atuk Nuar pula 'bintang hatiku'... ???


karya: RAOF SEBAMBUT

PAK SAMAD TAK SANGGUP LAGI JADI BALACI AMBIGA...

Written By RR on Friday, January 25, 2013 | 12:11 PM


Sudah cukup sudah...
Tak sanggup ku dimalukan lagi...
Zahir & batin tersiksa...
Jadi Ambiga punya balaci~~!!

#LISTEN : BINATANG PUN ADA MASALAH MASA #KL112

Written By RR on Tuesday, January 22, 2013 | 10:11 PM


Anak beruk bercuti panjat kelapa, 
 Anjing, lembu, kambing di stadium bukannya pelik
1 juta demonstran pulang hampa, 
Takde water cannon, teargas, kereta polis terbalik. 


karya: RAOF SEGAMBUT

FRUSTRASI ANUWAR TENTANG #KL112...

Written By RR on Wednesday, January 16, 2013 | 9:59 AM


Berlalu sudah Himpunan Kebangkitan Syahwat, 
Ada yang hepi, ada yang meroyan... 
ANUwar tak puas hati, MatSabu tanya awat?? 
Tak ada huru-hara & anarki untuk dilayan! 



- kartun karya: RAOF SEGAMBUT -

MISTERI MIMPI PAKATAN RAKYAT....

Written By RR on Thursday, January 10, 2013 | 7:21 PM


Anuwar terbeliak melihat jantan 
Selipar Nik Ajiz terkena lazer 
Lintang-pukang dalam Pakatan 
Tidur sebantal, mimpi berbeza... 


mimpi diorang sangat sama kan?? kan?? kan?? 



ADA APA DENGAN SEKSUALITI MERDEKA???

Written By RR on Wednesday, January 9, 2013 | 10:10 AM


Dunia ini tak pernah mengerti... 
Tentang kesongsangan shahwat dan hati... 
Sokong saja demi kemenangan parti... 
Apa peduli... Hidop! Hidop! Hidop LGBT~!! 



#KL112 - PAK SAMAD TAK SANGGUP DIMALUKAN LAGI...

Written By RR on Tuesday, January 8, 2013 | 11:08 PM


Sudah cukup sudah... 
Tak sanggup ku dimalukan lagi... 
Zahir & batin tersiksa... 
Jadi Ambiga punya balaci~~!! 


 
xxxx xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. reformasin! -satira politikus- - All Rights Reserved
Template Created by xxxx Published by xxxx
Proudly powered by Blogger