Home » » KRISIS AIR: SELANGOR AKAN HANCUR JIKA TERUS DI BAWAH PEMERINTAHAN KHALID GAGAP & PR!!

KRISIS AIR: SELANGOR AKAN HANCUR JIKA TERUS DI BAWAH PEMERINTAHAN KHALID GAGAP & PR!!

Written By RR on Tuesday, April 2, 2013 | 8:18 AM


Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat negeri Selangor dan sekitar Lembah Pantai yang “celik” benar-benar marah apabila kualiti kehidupan mereka terjejas teruk disebabkan kegagalan Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” mengatasi masalah gangguan bekalan air.

Mereka tahu dan menyedari bahawa Menteri Besar Selangor dan kerajaan pimpinannya adalah punca sebenar gangguan bekalan air yang mereka hadapi saban tahun sejak Pakatan Haram mengambil alih negeri termaju itu.

Semuanya menuding ke arah Khalid. Dua tindakan bodohnya yang keji menafikan pembinaan loji rawatan air Langat 2 dan seolah-olah memberikan tekanan hebat terhadap SYABAS membuktikan Khalid seorang MB Selangor yang gagal.

Ketika Selangor dilanda krisis air terburuk dalam sejarah pada tahun 1998, kajian menyeluruh dari segenap aspek telah dijalankan oleh pakar-pakar industri air dimana hasilnya mendapati bahawa krisis itu akan berulang sekali lagi pada tahun 2014.

Setelah dikaji jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi “malapetaka” itu, maka didapati bahawa pembinaan Langat 2 yang mendapat sumber bekalan air baru dari Pahang merupakan kaedah terbaik secara holistik bagi mengatasi masalah rakyat itu.

Pada tahun 2005, projek pembinaan terowong air dari Pahang ke Selangor telah bermula dan SYABAS diarah untuk bersiap sedia untuk memberikan khidmat terbaik sebaik saja loji Langat 2 terbina. Ketika itu, rakyat Selangor dan Lembah Klang menarik nafas lega dengan tindakan pro-aktif Kerajaan Pusat itu…

Malangnya, apabila Khalid berkuasa di Selangor pada tahun 2008, dia melarang pembinaan Langat 2 dan mempolitikkan projek berkenaan, kononnya projek itu diberikan kepada kroni BN. Padahal, tender projek itu dilakukan secara terbuka kepada seluruh kontraktor berkelayakan!

Kemudian, Khalid bekukan pula CAPEX yang dipohon SYABAS. Mungkin Khalid berharap dengan sekatan itu dia bakal berjaya menyusahkan operasi pembekal air bersih itu dan rakyat akan marah pada SYABAS, kononnya syarikat itu tidak cekap membekalkan air.

Biarpun dipujuk berkali-kali oleh Kerajaan Pusat melalui perbentangan kajian pakar-pakar air yang diiktiraf, Khalid tetap berdegil. Dia seolah-olah tidak mahu rakyat Selangor merasa keprihatinan dan kebaikan pertolongan ikhlas dari Kerajaan Pusat yang dikuasai BN.

Lebih malang, Khalid sehingga kini gagal bertindak menyelesaikan masalah rakyat itu. Tiada tindakan jangka pendek yang dilakukan Khalid untuk mengatasi masalah itu. Apatah lagi tindakan jangka panjang, langsung tidak ada!

Dia sebok dengan cadangan penstrukturan semula air di negeri itu meskipun menyedari bahawa tindakan itu langsung tidak menyelesaikan masalah gangguan bekalan air. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu Khalid “menyalak” tentang penstrukturan sedangkan rakyat menangis menghadapi gangguan bekalan air bersih!
Padanlah seorang hamba Allah yang kreatif dan dipercayai merupakan rakyat Selangor yang dizalimi kegagalan Khalid itu telah menyiarkan sebuah klip parody di laman Youtube yang menyindir pedas Menteri Besar Selangor itu.

Saya yakin, kalau Khalid menonton klip di bawah, berkemungkinan besar mukanya akan merah menahan marah dan malu. Namun sebaliknya, saya juga yakin rakyat Selangor dan Lembah Klang yang menontonnya akan ketawa terbahak-bahak mengenang ketepatan sindiran sinis itu!



Saya berharap agar Khalid tidaklah terlalu marah dengan gurauan “bermakna” dari rakyat Selangor itu. Namun jika difikir-fikirkan, memang benar lirik klip parody itu bahawa negeri Selangor akan hancur lumat sekiranya Khalid dan Pakatan Haram dibiarkan terus menjajah negeri termaju itu… -SELANGORDAILY
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 2, 2013 at 9:49 AM

Rakyat selangor tolong buka mata... Kalau tak, sampai kesudahlah nak dpt air...

Post a Comment
 
xxxx xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. reformasin! -satira politikus- - All Rights Reserved
Template Created by xxxx Published by xxxx
Proudly powered by Blogger