Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan media mengenai video seks yang diedarkan sejak malam tadi.
Dalam satu kenyataan ringkasnya kepadaHarakahdaily, Mustafa dipetik berkata, "semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan."

"Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," kata beliau dalam kenyataan ringkas.

Laporan itu berkata beliau dipercayai merujuk kepada video seks dan foto  yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam.
Bernama memetik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin
kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada Pas.
Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi
perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.
"Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar,
dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya.
Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon Pas untuk bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan Pas.