Home » » AWAS!! NAFSU ARAB-SPRING ANWAR KINI MELEBIHI NAFSU KEPADA CHINA-DOLL!!

AWAS!! NAFSU ARAB-SPRING ANWAR KINI MELEBIHI NAFSU KEPADA CHINA-DOLL!!

Written By RR on Thursday, February 7, 2013 | 8:01 AM


Ambil Serius Amaran Anwar - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Amaran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia perlu diambil serius berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyatakan beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara, bekas Perdana Menteri berkata Anwar telah membuktikan dirinya sebagai 'juara' demonstrasi di masa lalu.

Dr Mahathir berkata semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, Anwar telah menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki di Baling, Kedah; tetapi tiada demonstrasi serius selama 16 tahun apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu menyertai kerajaan.

"Sebaik sahaja beliau keluar daripada kerajaan, terdapat demonstrasi setiap minggu. Obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri akan mendorong beliau mewujudkan "Arab Spring" supaya cita-citanya menjadi kenyataan.

"Bagi dirinya, beliau tidak peduli sekiranya kestabilan dan ekonomi negara terjejas teruk asalkan beliau dapat menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam entri terbaharu dalam blog beliau bertajuk 'Janji Anwar' di www.chedet.cc pada Rabu.

Entri terbaharu itu ditulis sebagai respons kepada janji Anwar untuk mengatur "Arab Spring" di Malaysia seperti dilaporkan di Australia.

Dr Mahathir berkata Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'Bersih' bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Memberikan perspektif lebih jelas, Dr Mahathir berkata Anwar telah menganjurkan demonstrasi setiap Sabtu apabila beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang telah menjejaskan perniagaan di Kuala Lumpur berikutan orang ramai mengelak daripada pergi ke ibu kota.

"Anwar tahu akan impak teruk daripada demonstrasi besar-besaran yang beliau anjurkan itu terhadap ekonomi Malaysia. Rakyat Malaysia mungkin dapat didesak untuk mengundi partinya bagi mengelakkan ekonomi mereka terjejas oleh demonstrasi.

"Adalah amat menyedihkan bagi Malaysia jika ugutan sebegini dibuat untuk memenangi pilihan raya," katanya. BERNAMA
Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
March 17, 2013 at 7:57 PM

LU LA MAMAK HARAM JADAH PUKIMAK BERI IC BIRU KPD PENDATANG. MALAYSIA DAH TAK AMAN. JGN NAK SALAHKAN ORG LAIN PULA. MAMAK PARIA. BALIK INDIA LA LU.

Anonymous
March 25, 2013 at 4:24 PM

have some respect to an elderly statesman.you are nowhere compares to him.
do not blindly support PR...think wisely. PR has done nothing except trouble.
if Arab sprong comes tp our shore...everything finish in Malaysia.
VOTE FOR BN...it's stability. HIDUP Mahathir

Anonymous
March 25, 2013 at 8:47 PM

Nasihat seorang Negarawan yg sayangkan Bangsanya, Agamanya dan Negaranya.
Renung2 kan lah. Sesal dahulu Pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

June 13, 2013 at 12:44 AM

bahawa pemerintahan beliau semua org takut..bagusnya..dan semua org kejarkan putrajaya..heheh

Post a Comment
 
xxxx xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. reformasin! -satira politikus- - All Rights Reserved
Template Created by xxxx Published by xxxx
Proudly powered by Blogger