Home » » TAK BOLEH BACA QURAN PAKAI SPEAKER???!

TAK BOLEH BACA QURAN PAKAI SPEAKER???!

Written By -RC- on Monday, August 15, 2011 | 2:14 AM


Nik Aziz Sokong Larangan Baca alQuran Guna Pembesar Suara

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh.

"Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini, Ahad.

Beliau ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau di negeri itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkan dalam KRKB yang baru dilancarkan itu.

Ini kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasi menerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Semasa ditanya sama ada kebimbangan sesetengah rakyat Kelantan yang ingin melabur dalam koperasi itu kesan kegagalan Koperasi Kohilal yang kebanyakannya dianggotai PAS, Nik Abdul Aziz berkata kegagalan koperasi itu ekoran kejatuhan saham dan keadaan ekonomi merudum pada 1998. - BERNAMA
Share this article :

+ comments + 4 comments

August 15, 2011 at 6:02 AM

nice cartoon....aku sokong makna cartoon 2..kalau nak berucap baru la kne pakai speaker.kalau nak azan ngan bacaan al-quran jgn pakai speaker..dah sah nyanyuk org tua 2...come on la..agama jgn la dipolitikkan...skrng ni depa dah semakin jauh dah dari jalan yg lurus....subhanallah...maha puji bagi Allah...mcm2 dah skrng ni..

August 16, 2011 at 12:10 AM

mohon share..TQ

August 22, 2011 at 4:58 AM

Tapi korang pun cetek jgk ilmu. Korang tak tau lagi zaman rasulullah tu mana ada pakai speaker laungkan azan dengan baca quran? Zaman sekarang ni guna speaker sebab tak nak menjerit2. Dulu bilal suara kuat. Takbir masa sembahyang pon tak guna speaker satu jemaah dengar. Tapi skrang ni kalau kita larang guna speaker utk tujuan kebaikan takkan salah pulak ye? Guna speaker tu wajib ke? Lagi menyusahkan orang ada la.

September 3, 2011 at 8:56 PM

salam, sgt kreatif dan pendekatan yang berlainan tp berkesan, mohon pautan di blog tuan

salam kerjasama

http://ucsungaiairtawar.blogspot.com/

Post a Comment
 
xxxx xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. reformasin! -satira politikus- - All Rights Reserved
Template Created by xxxx Published by xxxx
Proudly powered by Blogger