Husim bin Husam Al-Jamnapari lahir dalam kemewahan. Ayahandanya Husam Al-Jamnapari menjadi billionaire segera selepas menemui telaga minyak di belakang rumahnya di Kota Bharu. 'Emas hitam' tersebut memancut keluar dari perut bumi semasa Husam Al-Jamnapari sedang mencangkul tanah di belakang rumah untuk menanam pokok kemuncup....
Husim dihantar ke Berlin oleh Husam Al-Jamnapari untuk melanjutkan pengajian di bidan vertarinar bagi meluaskan empayar perniagaan keluarganya dalam bidang ternakan kambing pula.
Namun Husim agak tidak senang dengan segala kemewahan yang diberikan oleh ayahnya. Suatu hari Husim mengirim emel kepada ayahnya...
Terima kasih atas kiriman Ferrari 458 Italia dari ayahanda. Tapi anakanda kurang selesa untuk menggunakan di Berlin kerana kebanyakkan kawan dan pensyarah menggunakan keretapi (tube) untuk ke kuliah.
Tidak sampai 24 jam, Husim menerima balasan emel dari ayahnya Husam Al-Jamnapari...
Kamu jangan memalukan nama baik keluarga kita yang kaya & berharta ni, Husim! Ayah dah bank-in RM50 juta ke dalam akaun kamu pergi beli keretapi kamu sendiri untuk gunakan pergi kuliah!!!