Home » » KISAH BENAR: BILA BERTUDUNG SATU SYARAT KE SYURGA PAS... @Abby_Abadi112

KISAH BENAR: BILA BERTUDUNG SATU SYARAT KE SYURGA PAS... @Abby_Abadi112

Written By RR on Thursday, January 17, 2013 | 5:32 PM

Ini kisah seorang sahabat saya yang punya keinginan membara untuk bertudung...

Selepas beberapa kali menghadiri ceramah PAS yang dipenuhi penonton kerana dihadiri oleh Abby Abadi,dia benar-benar ingin menjadi muslimah sejati. Sahabat saya ini mahu berubah mengenakan tudung seperti idolanya Abby yang telah dijanjikan syurga bila menandatangani borang keahlian PAS.

Penat saya bila diminta untuk menemaninya ke kedai2 busana muslimah sekitar ibukota membeli tudung, jubah, baju kurung dan aksesori yang bersesuaian dengan penampilan barunya nanti.

Setelah benar2 bersedia, tiba harinya dia ingin memberi kejutan kepada orang tuanya tentang perubahan diri bila dia tampil bertudung.

Malang bila kedua orang tuanya terkejut ketika dia berdepan buat pertama kali dengan penampilan bertudung. Orang tuanya memaksa supaya dia membuka tudung ataupun dihalau dari rumah dan tidak lagi diakui sebagai anak oleh mereka berdua.

Hatinya begitu pilu dengan tindakan orang tuanya, saya sendiri tidak mampu membantu apa2 selain memberikan sokongan moral. Kemudian dia cuba meminta pertolongan dari gurunya untuk meyakinkan orang tuanya, namun gurunya menolak untuk membantu. Begitu juga bila dia minta tolong kepada seorang lebai PAS yang baru dikenalinya, lebai tersebut juga menolak.

Suatu hari dengan nekad dia mengancam orang tuanya yang dia akan membunuh diri jika tidak diizinkan bertudung... katanya matinya adalah syahid kerana ini adalah salah satu jalan jihad dalam perjuangan PAS, suasana di kediaman tersebut tiba2 dilanda kekalutan.....

Akhirnya setelah semua ruang pujukan seperti tidak memberi apa2 makna,
sambil menarik nafas panjang ayahnya berkata............................................ ........................
"Hairie Othman... kamu tu lelaki!!! Mana boleh pakai tudung, malu aku kalo jiran2 kita tengok kamu pakai camni... Kalo kamu tu pompuan takpe la bagus bertudung!!" -RR/REFORMASIN
Share this article :
 
xxxx xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. reformasin! -satira politikus- - All Rights Reserved
Template Created by xxxx Published by xxxx
Proudly powered by Blogger